Saturday, February 25, 2012

AYAT-AYAT CINTA...



* Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri,makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus kepada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan perkara2 kebaikan. Formula untuk menciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri? dan bukan "Apa yang akan aku dapati?"

* Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pulak berdosa. Itulah sifat asal cinta. Ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.kerana nafsu lah cinta suci jadi bernoda dan berdosa...

* Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu, sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tidak semestinya dapat membahagiakan kita...

* Cinta bukan mengajar kita menjadi lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat...

* Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk di mengertikan...

* Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya...

* Jangan menangis kerana cinta tetapi menangislah kerana dosa di atas cinta...

* Cinta itu suci, mahal, dan tinggi tarafnya.. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar...

* Cinta itu seperti seekor kupu-kupu yang indah dan tidak mungkin disentuh, tapi keindahannya dapat menjadikan sebuah taman lebih menenangkan...


SEKIAN..

No comments:

Post a Comment